Feeds:
Posts
Comments

Suratkhabar Kosmo kelmarin mengatakan bahawa pendirian kerajaan Malaysia tidak akan berubah mengenai kedatangan kelab Manchester United ke Malaysia bagi perlawanan persahabatan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan datang. Seolah-olah seakan ada kejahilan dalam perkara ini. Presiden AFC, Mohamed Hammam menyatakan bahawa FAM telah menandatangani kontrak sebagai salah sebuah tuan tumah kejohanan Piala Asia. Salah satu syarat kontrak itu adalah tidak dibenarkan sebarang perlawanan antarabangsa diadakan dalam tempoh terlalu dekat dengan waktu penganjuran kejohanan. Semua pihak ambil kesempatan memberi pendapat dan pandangan. Dan semalam pula Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Dia ini menyifatkan Presiden Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), Mohamed Hammam membuat satu penghinaan yang besar terhadap kerajaan Malaysia sekiranya enggan membenarkan Manchester United beraksi pada 27 Julai ini.

Berani budak ni. Perlu diingat kontrak yang ditandatangani adalah kehendak FAM sendiri. Bukan paksaan dari mana-mana pihak. Jadi, wajibnya kontrak itu perlu dipatuhi. (mungkin dah jadi kebiasaan dalam kerajaan, syarat kontrak dan perjanjian serta janji kepada rakyat tidak dipenuhi).Di dalam akhbar hari ini pula, Hammam membuat kenyataan, “AFC tidak pernah memaksa Malaysia menganjurkan Piala Asia. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menawarkan diri menjadi tuan rumah dan mahu jadi sebahagian kemeriahan Piala Asia.

“AFC menerimanya kerana memikirkan ia bertepatan dengan sambutan 50 tahun kemerdekaan. Malaysia sudah banyak berjasa kepada AFC dan kami melihatnya sebagai peluang untuk membalasnya.

“Namun kesediaan itu hadir dengan tanggungjawab. AFC membiayai 100 peratus kejohanan ini. Kerana itu, adanya perjanjian mengandungi jaminan daripada FAM dan kerajaan. Semuanya amat jelas dalam perjanjian yang ditandatangani,” katanya ketika bertemu wartawan di pejabat AFC.

 Ada perkara yang perlu kita renungkan di sini.

  1. Pembangunan bolasepak adalah untuk jangka lama. Kehadiran Manchester United hanyalah untuk beberapa hari sahaja. Kegembiraan dan keseronokan kerana kehadiran Manchester United hanyalah untuk seketika tetapi jika FAM digantung keahliannya atau mungkin dipulau oleh AFC, pedihnya mengambil masa yang panjang. Kalau hari ini MU datang main di Malaysia, esok lusa mereka pulang ke negara mereka dengan membawa keuntungan hasil daripada penajaan dan jualan tiket. Apa yang kita dapat? Jangan fikir tentang pelancong yang akan datang berbelanja di negara kita semasa kehadiran MU sahaja. Fikir juga masa depan bolasepak yang dah makin tenat.
  2. Memandangkan bersempena dengan menyambut Hari Kebangsaan, semestinya berkait dengan semangat kemerdekaan dan sejarah. Di mana logiknya untuk menyambut hari bersejarah(kemerdekaan), kita menjemput mereka yang berasal dari negara yang pernah menjajah tanahair kita? Tidak mengapa kalau sekadar sukan jika tidak dikaitkan dengan kemerdekaan. Pernahkah China menyambut kemerdekaan dengan menjemput Jepun bermain bolasepak menentang mereka? Tidak. Kerana Jepun pernah menjajah China. Fikirkanlah.
  3. Selaku terpilih sebagai salah sebuah tuan rumah bagi kejohanan Piala Asia, Malaysia mendapat peluang sebagai layak ke kejohanan tersebut secara automatik. Ini sebagai satu peluang keemasan. Dalam keadaan sukan bolasepak sekarang, percayalah Malaysia tidak akan layak ke mana-mana kejohanan kecuali dengan hanya menjadi tuan rumah. Maka layaknya ke kejohanan tersebut atas tiket sebagai tuan rumah. Ini dilihat sebagai satu peluang untuk Malaysia memulihkan nama di peringkat rantau Asia dahulu. Kita tidak boleh mengejar status negara yang dikenali di mata dunia hanya kerana kita berjaya mengadakan sebuah perlawanan persahabatan dengan kelab gergasi dunia. Dan kemudiannya dengan lucu dunia menyaksikan kita dibelasah 6-0 dengan kelab tersebut. Semuanya tetap maklum bahawa ranking Malaysia tetap berada di takuk yang bawah. Hakikatnya kini Malaysia berada di kedudukan 156 dalam ranking dunia. Itu sesuatu yang tidak akan berubah dengan mengadakan perlawanan persabatan dengan MU. Tetapi jika mengadakan perlawanan dengan negara-negara Asia yang terlibat dengan kejohanan Piala Asia, ada harapan kedudukan ranking Malaysia akan berubah mungkin lebih  baik. Lebih elok kita mencipta nama di peringkat bawah dulu. Sekarang ini Malaysia kembali dikenali dengan kontroversi tersebut. Tahukah kita nama Malaysia dalam bolasepak di mata dunia ibarat nama negara Bhutan di mata kita? Tidakkah kita mahu mengubah kedudukan ranking sekarang kepada yang lebih baik? Atau mungkin Malaysia kini sudah cukup berpuas hati dengan kedudukan sekarang?
  4. Dalam keadaan sekarang, jangan ditambah lagi kekusutan yang ada dengan mengizinkan pihak tertentu yang tidak berkaitan atau tidak mempunyai kepakaran memberikan pandangan dan pendapat. Contohnya, Naib Ketua Pemuda Umno tersebut(KJ). Siapa dia untuk mengatakan dan memberi pendapat dalam hal ini? Apa kelayakan beliau? Orang dalam FAM sendiri tidak berani mengeluarkan kenyataan sepertinya. Adakah satu kesalahan besar jika Malaysia(pihak yang sepatutnya) mengeluarkan kenyataan meminta maaf kepada AFC sambil merayu agar AFC membenarkan impian mereka terlaksana. Untuk apa diizinkan seseorang yang tidak arif dengan hal tersebut memberi kenyataan menghentam AFC? Bukankah itu lebih mengeruhkan keadaan?
  5. Jalan paling mudah, patuhi saja syarat kontrak yang telah ditandatangani. Perkara 12.3.2 Perjanjian Penganjuran Persatuan (OAA) yang menegaskan ‘persatuan penganjur tidak boleh menganjur dan/atau mempromosikan acara lain tanpa mendapat kebenaran AFC dan tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti yang mencipta konflik dengan kepentingan pertandingan, AFC, badan komersialnya dan/atau badan penyiar’. Tempoh perjanjian itu berkuatkuasa tujuh hari sebelum Piala Asia – dijadual daripada 7 hingga 29 Julai nanti – hingga tujuh hari selepas tamat kejohanan. Sungguh jelas bukan? Adakah perancangan membawa MU ke Malaysia dibuat tanpa memikirkan perjanjian tersebut? Atau perancangan tersebut dibuat oleh mereka yang “dungu” dengan situasi? FAM selaku badan induk bolasepak tidak terfikir tentang perjanjian tersebut? Dan sungguh jelas di sini, ini adalah kesalahan di pihak kita. Di peringkat antarabangsa dan profesional, hanya syarat yang telah ditandatangani yang akan diikut. Kalau tak mampu nak ikut, jangan tandatangan.

Jadi, jangan pentingkan keegoan dan taksub kepada keinginan semata. Renungkan kembali kesilapan kita. Kita bukan Brazil, Itali atau England. Setakat nama Malaysia, AFC mahupun FIFA tidak merasa rugi apa-apa jika menggantung keahlian kita atau memulaukan kita. Setakat kita hanya menjadi negara kepada ibu pejabat AFC, itu bukan ukuran. Banyak lagi negara lain yang sudi jadi pengganti Malaysia. Banyak lagi cara lain untuk memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan kita. Jika kita digantung keahlian atau dipulaukan, jangan kata MU, Brunei pun tidak akan berlawan dengan kita.

Keretakan jalan SMART perkara biasa

KUALA LUMPUR 19 Mei – Beberapa kesan retakan kecil yang dapat dilihat di sepanjang permukaan jalan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) adalah keretakan biasa yang berlaku dalam sebarang pembinaan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Keizrul Abdullah menjelaskan, keretakan permukaan itu bukan satu kegagalan struktur sebaliknya merupakan perkara normal.

“Ia tidak berbahaya berbanding keretakan dalaman atau pada bahagian bangunan yang perlu menahan tekanan yang tinggi,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas aduan pengguna semalam bahawa terowong tersebut mengalami keretakan pada permukaan jalan.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati permukaan jalan simen terowong yang baru dibuka enam hari itu mengalami kesan retak yang ketara terutama di laluan menghala ke Kuala Lumpur.

Tampalan simen juga jelas kelihatan pada beberapa keretakan permukaan jalan raya yang bermula kira-kira tiga kilometer selepas kenderaan memasuki laluan itu Lebuh Raya Sungai Besi.

Keizrul memberi jaminan terowong SMART selamat digunakan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terowong SMART tidak terkecuali mengalami keretakan permukaan semasa proses pembinaannya akibat perubahan suhu pada permukaan binaan dan ia telah ditampal dengan simen mortar.

“Tampalan tersebut juga merupakan amalan biasa dalam projek pembinaan, cuma ia jelas kelihatan kerana bekas tampalan tidak diplaster atau dicat berbanding tampalan pada bangunan,” jelasnya.

Beliau berkata, kemungkinan terowong tersebut akan mengalami keretakan baru yang serius juga tidak dapat diterima memandangkan bahan binaan asas struktur itu adalah blok-blok konkrit setebal 0.5 meter.

Malah, katanya, konsep aplikasi teknologi fizik pada reka bentuknya menambahkan lagi kekuatan terowong itu.

“Struktur terowong itu menggunakan aplikasi reka bentuk membulat yang lebih kukuh dan mampu berfungsi dengan lebih baik untuk menahan tekanan dalam tanah berbanding terowong berbentuk segi empat,’’ ujarnya.

Menurutnya, secara am, semua jenis terowong akan mengalami tekanan dari setiap bahagian lapisan tanah dan strukturnya yang bulat membolehkan tekanan tersebut diagihkan secara seimbang di seluruh bahagian terowong.

Terowong SMART sepanjang 9.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sungai Besi dan Jalan Ampang adalah struktur terowong pertama di dunia yang mempunyai dua fungsi.

Ia berperanan mengatasi banjir kilat yang sering mengganggu pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan mengalirkan lebihan isipadu air dari Sungai Klang dan Sungai Ampang.

Terowong ini juga merupakan laluan alternatif untuk mengatasi kesesakan lalu lintas kedua-dua laluan yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan laluan selatan.

Keizrul memberi jaminan akan mengambil berat terhadap aduan itu dan bakal mengadakan tinjauan bersama media hujung bulan ini.

:- Petikan di atas dari sebuah akhbar perdana mingguan. Lucu, geram, bercampur rasanya perasaan itu bila membaca berita berkenaan. Cuba kita kenali apa itu terowong SMART.

SMART adalah singkatan kepada Stormwater Management And Road Tunnel dan ianya telah mula dibuka kepada umum pada 14 Mac 2007. Pembinaan projek SMART Tunnel ini telah bermula pada tahun 2003 dengan kos sebanyak RM1.93 billion untuk menyiapkannya. SMART Tunnel ini juga merupakan terowong pertama di dunia dilengkapi dengan laluan kenderaan dan saluran air.

SMART Tunnel yang bergarispusat 13.26 m ini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dan kedua terbesar di Asia. Terowong ini mempunyai dua tingkat laluan kenderaan dan 1 tingkat saluran air. Walaupun begitu saluran air itu dijangka akan hanya digunakan sebanyak 8 hingga 10 kali setahun. Manakala laluan kenderaan pula akan ditutup dan dijadikan saluran air sebanyak 3 hingga 5 tahun sekali sahaja.

SMART Tunnel

Panjang keseluruhan SMART Tunnel ini adalah 11.5 km termasuk 3 km terowong kenderaan 2 tingkat dan 9.7 km saluran air. Ini merupakan projek terowong yang terpanjang di Malaysia. Satu kolam tadahan di Kampung Berembang, Jalan Ampang dan satu kolam simpanan air di Taman Desa telah disediakan bagi melengkapkan sistem pengawalan banjir ini.

Tiga jalan keluar masuk ke terowong kenderaan telah dibina iaitu di Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Kampung Pandan, di Jalan Davis berhampiran Berjaya Times Square dan di Lebuhraya KL-Seremban bersebelahan TUDM Sungai Besi. SMART Tunnel ini telah direkabentuk dan dibina oleh usahasama 2 syarikat iaitu Malaysian Mining Corporation Bhd dan Gamuda Bhd.

Tol akan mula dikenakan mulai 15 Jun 2007 tetapi kadarnya belum ditetapkan lagi.(sumber dari http://blog.azhad.com/)

Projek mega(sebenarnya ketua kerajaan sekarang nak lawan dengan PM yang terdahulu membuat projek mega.Nanti orang kata tiada pembangunan pula) yang bernilai RM1.93 billion (bukan juta) menjadi kebanggaan di era dinasti Pak Lah selain daripada projek Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) atau juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor(kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama).

Memang Malaysia antara negara yang mewah dibandingkan dengan beberapa buah negara Asia yang lain. Projek kelas satu yang melimpah ruah memberi keuntungan kepada kroni dan kerabat yang dekat kepada pemimpin atasan. Nilai kos yang tinggi adalah kerana menampung kos komisyen yang perlu diagihkan kepada kroni-kroni dan semua yang terbabit.

Persoalannya, setakat mana kualiti projek itu? SMART memang projek pertama yang seumpamanya di dunia. Dan mungkin juga projek yang pertama di dunia yang mengalami masalah pembinaan dan keretakan di awal pembukaannya. Namun, seperti biasa, kerajaan Malaysia akan mengatakan itu perkara biasa. Masalah kecil, masalah terpencil. Itu alasan mereka. Masalahnya, projek ini mencecah angka billion ringgit. Bukan ratus ribu. Apakah tahap piawaian keselamatan dan kualiti yang diukur dengan kos RM1.93 billion? Berapa banyakkah projek di bawah kerahan Samy Vellu yang mengalami masalah? Bila berlaku masalah, salahkan pihak lain(JKR).

Yang aku nak tanya, buat projek tu, pakai duit mak bapak korang ke?

Tindakan melampau – Shafie

PUTRAJAYA 15 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyifatkan tindakan sesetengah peniaga runcit menaikkan harga barang tanpa kebenaran kerajaan sebagai melampau.

:- Petikan di atas dipetik dari sebuah akhbar perdana kelmarin. Memang diakui harga barang keperluan sekarang meningkat dan tinggi. Bagi yang kurang berkemampuan, memang harga sekarang dikira sebagai melampau. Tetapi, kenapa semua ini berlaku?

Setiap barang perlu kos penghantaran yang mana berkait dengan harga gas dan minyak. Puncanya kerana harga gas dan minyak yang kian gila meningkat. Aku tak nak tau macam mana si bijak pandai dalam kerajaan menentukan harga minyak. Yang penting, kerana harga minyak naik, maka wajibnya harga barang lain juga naik. Kita tidak boleh salahkan pembekal atau pembuat. Mereka juga perlu fikirkan kos pengangkutan.

Cuma satu saja, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tanpa memikirkan rakyat, adakah tidak melampau? Berapa ramai rakyat yang terpaksa  mengikat perut angkara kerajaan? Berapa ramai yang terpaksa korbankan masa dengan keluarga dan anak-anak kerana terpaksa kerja lebih masa dan sampingan disebabkan kos kehidupan yang semakin tinggi?

Jika benar kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi untuk minyak, bukankah duit kerajaan adalah duit rakyat? Duit yang dikutip dari pelbagai cukai. Kalau benar kerajaan sayangkan rakyat, semua wakil rakyat dan pemimpin patut sama-sama membayar duit minyak kenderaan mereka sendiri dan juga kos tol. Duit KWSP, cukai persendirian, cukai perniagaan dan duit zakat, bukankah semua itu duit rakyat? Semuanya dilaburkan yang rakyat sendiri tidak tahu ke mana duit mereka dilaburkan. Halal atau haram, Yang Maha Esa saja yang tahu. Tetapi mana hasil pelaburan itu? Kalau ekonomi benar sudah kukuh, mengapa rakyat harus menderita menanggung pelbagai beban bayaran?

Setiap kali harga minyak dinaikkan, Petronas adalah syarikat yang mencatatkan keuntungan selepas cukai paling tinggi di Malaysia. Adakah hanya pelaburan Petronas sahaja yang berjaya? Pelaburan lain bagaimana?

Menurut Penyata Pendapatan Disatukan dalam Petronas bagi tahun berakhir 31 Mac 2006, keuntungan bersih bagi tahun kewangan(2005) mencatatkan sebanyak RM210,731,000 dan untuk tahun 2006, mencatatkan RM505,964,000. Perbezaan yang diperolehi adalah RM295,233,000. Begitu banyak kan? Jadi, adilkah hanya syarikat yang berkaitan dengan kerajaan sahaja yang mengaut keuntungan? Petronas, Astro, TNB, PLUS dan lain-lain, semuanya diizinkan menaikkan harga barangan masing-masing. Kenapa syarikat lain tidak boleh? Adakah kerana syarikat lain tidak berkaitan dengan kerajaan?Adakah kerana sebahagian pemimpin mempunyai kepentingan dengan syarikat-syarikat mega kerajaan? Persoalannya, adakah syarikat lain menaikkan harga barang mereka sesuka hati? Bukankah mereka terpaksa? Anda fikirkanlah sendiri.

3 Mei adalah merupakan hari yang diiktiraf sebagai Hari Kebebasan Media Sedunia. Satu pengiktirafan yang tinggi bagi warga media secara keseluruhannya. Namun kita ingin melihat di mana letaknya tahap kebebasan media di negara kita. Satu badan bebas bukan berkepentingan dari luar negara telah membuat satu kajian mengenai kebebasan media di setiap negara di seluruh dunia.

fop_current.pdf

ASIA PASIFIK

Rank

Country

Rating

Status

1

New Zealand

13

Free

2

Palau

14

Free

3

Marshall Islands

15

Free

4

Australia

19

Free

5

Japan
Micronesia
Taiwan

20
20
20

Free
Free
Free

8

Vanuatu

25

Free

9

Tuvalu

26

Free

10

Fiji
Kiribati

28
28

Free
Free

12

Hong Kong
Papua New Guinea
Samoa

29
29
29

Free
Free
Free

15

Nauru
Solomon Islands
South Korea

30
30
30

Free
Free
Free

18

Tonga

32

Partly Free

19

Mongolia

34

Partly Free

20

India

37

Partly Free

21

East Timor

39

Partly Free

22

Philippines

40

Partly Free

23

Thailand

50

Partly Free

24

Indonesia
Sri Lanka

58
58

Partly Free
Partly Free

26

Cambodia
Pakistan

61
61

Not Free
Not Free

28

Bhutan
Malaysia

65
65

Not Free
Not Free

30

Singapore

66

Not Free

31

Bangladesh

68

Not Free

32

Afghanistan

69

Not Free

33

Maldives

70

Not Free

34

Brunei
Nepal

77
77

Not Free
Not Free

36

Vietnam

79

Not Free

37

Laos

81

Not Free

38

China

83

Not Free

39

Burma

96

Not Free

40

North Korea

97

Not Free

Status

Number of Coutries

Percent of Total

Free

17

42.5%

Partly Free

8

20%

Not Free

15

37.5%

TOTAL

40

100%

Population– 3,610,261,000

Number of Countries– 40

Number Free– 17

Number Partly Free– 8

Number Not Free– 15

 

Yang aku petik ini adalah untuk rantau Asia Pasifik sahaja. Kalau nak tahu lebih terperinci, sila layari web ini; http://www.freedomhouse.org/template.cfm?page=251&year=2006 

Sedih dengan nasib rakyat Malaysia. Terkongkong dengan propaganda dan agenda yang berkuasa. Kita hanya disajikan dengan apa yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa(kerajaan le tu). Kerana itu fikiran rakyat Malaysia dah jadi lembap. Orang putih kata,”bengap”. Terutamanya bangsa aku sendiri(Melayu). Tapi tak le semua. Tak ada usaha nak cari cerita yang sebenar kat internet. Main saham internet pandai pulak. Susah bangsa melayu ni. Senang berpuas hati dengan apa yang ada. Aku berani jamin, wawasan 2020 tak akan dapat dicapai kalau kebebasan hak rakyat tidak dilaksanakan. Kalau ye pun terlaksana, itu hanyalah yang diisytiharkan oleh kerajaan untuk menjaga imej dan nama. Hakikatnya tetap tidak. Tapi seperti biasa, rakyat Malaysia akan tetap bangga walaupun hakikatnya mereka sendiri menjadi “kuli batak” kepada kerajaan. Apa susah sangat, modal bunga api, konsert dan hiburan, rakyat Malaysia akan mudah lali dan leka. Senang kan? Begitulah murahnya tahap darjat maruah rakat Malaysia sekarang. Kerana itu, ramai yang lebih senang jadi pelacur, kaki botol, penagih dadah dan yang terbaru “gadis Top-Up”.

Malaysia bebas dari segi itu. Dari segi sosial, pergaulan, hiburan, memang cukup bebas. Gadis bertudung sekarang lebih bangga terlonjak-lonjak di atas pentas. Apa yang ada lagi pada gadis bertudung sekarang? Apa bezanya dengan gadis-gadis yang dah “rosak”? Sama saja. Yang bezanya saiz badan dan rupa. Maruah? “ZERO!!!”

Media di Malaysia hanya bebas berbicara tentang hiburan, masalah rumahtangga artis dan ruangan kecil khas untuk keputusan nombor ekor yang ada di bahagian sukan kebiasaannya(akhbar). Rasanya itulah berita paling tepat dalam akhbar iaitu keputusan nombor ekor. Bebas pula disiarkan ‘result’ nombor ekor dalam akhbar berbahasa melayu? Akhbar bahasa lain, tak pelik le. Berapa ramai bangsa asing yang membaca akhbar bahasa Melayu? Untuk apa motifnya disiarkan nombor ekor dalam akhbar bahasa Melayu? Kerana pembeli nombor ekor yang paling ramai adalah bangsa Melayu. Jadi sedar atau tidak, bahasa Melayu hanya layak untuk nombor ekor dan bukan menyampaikan fakta yang benar.

Itu yang berkaitan umum. Bagaimana pula dengan politik? Sejauh mana kebebasannya? Kalau ikut ranking, Malaysia berada di tahap yang “BANGSAT“. BANGSAT kerana apa? BANGSAT kerana itu yang diarahkan kerajaan dan itu yang dipilih oleh rakyat. Dan kerana itu juga, makin ramai rakyat Malaysia yang dilahirkan menjadi BANGSAT. (Aku tidak menyokong mana-mana parti. Kerana bagi aku, sesiapa yang di atas(memerintah), yang bawah(rakyat) akan tetap susah.) Kebebasan media mengenai politik di Malaysia, mengalahkan negara yang mengamalkan sistem diktator. Semuanya dikawal oleh kerajaan. Kalau ada pun untuk pembangkang, gambar bersalam dengan PM dan menteri-menteri lain semasa Hari Terbuka Perayaan atau berita Tok Guru Nik Aziz merasmikan sesebuah acara di negeri jajahannya.(Hari Terbuka Perayaan tu membazir juga. Bukan semua rakyat miskin dapat hadir. Ramai lagi yang kebulur. Datang juga group pembangkang. Tak komplen membazir pun. Dah kutuk orang kerajaan, masa makan baik gak. Esok kutuk semula. Itu yang aku tak percaya orang politik. Mereka tu sama saja.) Jadi, rakyat tidak dapat tahu apa yang sebenar berlaku. Rakyat hanya disajikan dengan apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sebab itu wujudnya ISA, OSA dan bermacam-macam lagi akta yang kononnya lebih kepada menjaga keamanan negara tetapi rupanya lebih kepada menutup pekung-pekung dan kerakusan kerajaan menggunakan kuasa merobek segala kekayaan negara. Berapa ramai yang menjadi mangsa kerana menyiarkan fakta-fakta sebenar yang cuba disembunyikan oleh kerajaan mengenai salah laku mereka?Mereka ditangkap dan dipenjarakan tanpa soal bicara dan diseksa dengan pelbagai cara. Negara yang demokrasi tetapi wujud undang-undang diktator. Tetapi kerajaan tak salah. Yang salah rakyat. Kerana mereka terus mengundi kerajaan supaya mereka  diperbodohkan. Mereka yang mahu kebebasan mereka disekat.

Jadi anda fikirkanlah sendiri. Tepuk dada tanya sendiri. Jangan bangga dengan menjadi anak merdeka sedangkan hakikatnya kita sebenarnya terjajah dengan sistem diktator dan kuku besi yang menjadi tunjang pemerintahan negara.

SAIC belanjakan 100 juta yuan untuk penyelidikan kenderaan guna kuasa bateri.

KEHADIRAN model kenderaan alternatif menggunakan gas, minyak masak dan motor elektrik keluaran syarikat permotoran China antara produk automotif yang menjadi tumpuan di Pameran Auto Shanghai, baru-baru ini. Ia memperlihatkan komitmen syarikat dari China menghasilkan jentera mesra alam dan menjimatkan.
Ini membuktikan mereka serius untuk bersaing dengan pengeluar gergasi Eropah dan Jepun dalam pasaran automotif global.“Industri ini ada pasang dan surut, jika tidak menyertainya secara bersungguh-sungguh, anda akan ketinggalan,” kata Naib Presiden Chery Auto Co, Qin Lihong. Syarikat terbabit ialah pengeluar automotif domestik terbesar di China.Kerajaan China menggalakkan pembangunan kenderaan alternatif untuk menangani masalah pencemaran dan kebergantungan terhadap import minyak. Ia juga mampu memberikan hasil lumayan kepada negara berkenaan.Pengeluar automotif China kini menjalinkan kerjasama dengan pembuat kereta asing, menjalankan penyelidikan dengan universiti tempatan dan sokongan makmal kerajaan.Kereta menghasilkan bahan buangan bersih kini menjadi polisi Beijing selain menjanjikan pelbagai insentif dan pemotongan cukai. Ini membolehkan syarikat automotif asing memindahkan teknologi berkenaan ke negara itu.“Untuk memindahkan teknologi, kami perlu bekerjasama dengan pengeluar asing dan yakin boleh bersaing dan menghasilkan kenderaan menggunakan kuasa alternatif,” kata Presiden Shanghai Automotive Industries Corp (SAIC), Chen Hong. Pemerintah China kini mengenakan tekanan hebat terhadap industri automotif, besi dan kilang untuk mempertingkatkan penggunaan sumber kuasa berkesan bagi mengatasi masalah pencemaran.China melihat kebergantungan mereka dengan sumber minyak dari Asia Barat sebagai kelemahan strategik dan menyebabkan mereka hilang kawalan.

Negara berkenaan kini pengguna kedua terbesar selepas Amerika Syarikat dan jumlah import minyaknya meningkat 14.5 peratus pada 2006 dengan pembangunan ekonominya tumbuh 10 peratus empat tahun berturut-turut.

Lonjakan jualan kenderaan terutama di bandar besar China menyebabkan kualiti alam sekitarnya merosot. Jualan kenderaan meningkat 25.1 peratus sejak tahun lalu iaitu 7.2 juta unit dengan 3.8 juta ialah kenderaan penumpang.

Di pameran Shanghai, SAIC dan Chery memperkenalkan kenderaan sedan eksperimen yang menggunakan kuasa bateri.

Sementara itu, pengeluar automotif ketiga terbesar China, Chang’an Automobile Group Co mempersembahkan kenderaan hibrid elektrik.

Menurut SAIC, bermula tahun depan mereka akan menjual hibrid, sementara Chery perlukan tiga tahun lagi untuk memasuki pasaran.

“Hibrid adalah fokus kami, kenderaan menggunakan kuasa bateri adalah haluan kami,” kata Pengerusi SAIC, Hu Maoyan.

SAIC membelanjakan 100 juta yuan (AS$12 juta) untuk penyelidikan kenderaan menggunakan kuasa bateri.

Chery yang menggunakan kesempatan itu untuk mempamerkan kenderaan alternatif mereka turut optimis mampu menghasilkan kenderaan menggunakan biodiesel.

Bahan bakar berkenaan dihasilkan dari minyak sayuran atau minyak serba boleh sebagai pilihan untuk diproses sebagai tenaga gas atau ethanol.

Tidak dinafikan, pengeluar automotif asing kini turut berperanan dalam penyelidikan syarikat China. General Motors Corp sudah bekerjasama dengan SAIC di Shanghai dan membina tiga bas eksperimen menggunakan kuasa bateri untuk pemanduan dalam bandar.

DaimlerChrysler AG pula menghasilkan tiga bas yang menggunakan kuasa bateri di Beijing menerusi projek mereka dengan Kementerian Teknologi.

Pengeluar asing termasuk GM, Ford Motor Co, BMW AG dan Honda Motor Co turut mempamerkan kenderaan hibrid mereka di Shanghai.

Menurut mereka, kenderaan menggunakan kuasa hidrogen menghasilkan kuasa tanpa pelepasan asap kenderaan. Tetapi ia memerlukan masa hampir sedekad untuk teknologi itu dikomersialkan selain menambah lebih banyak stesen hidrogen.

“Kerajaan China kini turut melihat sumber kuasa lain seperti gas asli dan metana yang diekstrak daripada arang. Ia bukan keputusan yang mudah kerana ia mempunyai kebaikan dan keburukan,” kata Presiden Ford China, Mei-Wei Cheng.                         (petikan dari Harian Metro-1 Mei 2007)

Aku rasa “teruja” dan kecewa bila membaca berita berkenaan. Kerana apa, ya? Apa kaitannya dengannya aku dan Malaysia khususnya?

Inilah kisah antara dua negara yang menjadi pengeluar automotif iaitu China dan Malaysia.

Malaysia ada Proton. PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.Pemegang saham terdiri daripada:

  • Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
  • Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
  • Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)         (sumber dari Wikipedia – http://ms.wikipedia.org/wiki/PROTON)

Malaysia gah dengan jenama Proton dan kini ditambah pula dengan Produa dan Naza. Tetapi, ke mana hala tuju Proton sekarang ini? Ura-ura mengatakan ianya akan dijual. Dijual pula kepada syarikat dari negara asing. Apa sudah berlaku?

China memang sudah lama “berjinak” dengan bidang permotoran kerana China merupakan negara pembuat bahagian-bahagian kenderaan terbesar di dunia. Majoriti, “spare-part” kenderaan yang ada di pasaran sekarang adalah buatan dari China. Tetapi, sejauh mana kita mengenali jenama kenderaan dari China? Rasanya, Malaysia lebih awal mempelopori industri penghasilan kenderaan jenama sendiri daripada China.

Bagaimana kita boleh terkebelakang? Malah China lebih maju, cuba menghasilkan kenderaan yang menggunakan gas, minyak masak dan motor elektrik. Kita pula dibelenggu dengan masalah penjualan hak milik Proton, kuantiti jualan yang merosot di pasaran dan lebih menyedihkan, ramai pengedar dan penjual kereta jenama tempatan akan “bungkus tikar”. Itu belum lagi cerita tentang mutu dan kualitinya. Apa yang dapat aku perhatikan, sejak jenama Proton Tiara, Waja dan Gen-2 dikeluarkan, mutu dan kualitinya memang boleh dipersoalkan. Tidak pula berlaku semasa jenama Proton Saga, Iswara dan Wira dikeluarkan. Adakah kerana Tiara,Waja dan Gen-2 menggunakan teknologi Eropah sedangkan Saga, Iswara dan Wira pula menggunakan teknologi Jepun?

Anda fikirkanlah sendiri.

Di sini timbul pula satu persoalan yang sangat meragukan aku. Apakah pentingnya kita membeli pegangan saham dalam Lotus, syarikat pembuat kereta dari Eropah itu? Sebenarnya,bukan mudah orang Eropah nak jual sesuatu milik mereka apatah lagi kepada bangsa Asia. Kecualilah ianya bermasalah buat mereka. Semasa aku tahu Proton dan kerajaan Malaysia khususnya berjaya membeli pegangan saham dalam Lotus, aku pasti akan ada masalah. Kenapa Lotus boleh jual pegangan sahamnya kepada kita sedangkan Mitsubishi tidak? Kita nilailah sendiri.

Satu lagi, penggunaan logo Proton yang berubah-ubah. Tidak ada jenama kereta utama dunia yang mengubah logo jenama mereka. Merc-Benz, Honda, Jaguar, BMW dan sebagainya. Kerana apa? Kerana mereka ingin pengguna dan masyarakat dunia tahu dengan apa mereka dikenali.

                                                              Logo Proton

                                                                      (logo terbaru Proton)

Kes berkaitan ‘cikgu ganas’ dilaporkan akhbar sepanjang 2007

26 April 2007:
KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila seorang guru antara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan ganja.
Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu, yang mengajar di sebuah sekolah di Lembah Klang, didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek, termasuk seorang pengawal keselamatan.

26 April 2007:
KOTA BHARU: Akibat tidak tahan menjadi pemuas nafsu gurunya, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Rantau Panjang, dekat Pasir Mas, membuat laporan polis kelmarin.
Pelajar berusia 15 tahun itu mendakwa guru itu beberapa kali mencabul kehormatannya, termasuk di sekolah dan rumah suspek.

7 April 2007:
SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini, ditendang guru agamanya kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh.
Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan.Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 murid lain ketika kelas agama Islam, Isnin lalu.

6 April 2007:
PASIR GUDANG: Beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua yang mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu bagaikan menjadi bukti ‘penderaan’ di sebuah sekolah rendah di sini.
Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu, Siti Nur Fatihah Samsudin, 8, mengalami pendarahan beku, dipercayai akibat dipukul guru terbabit, petang kelmarin.
Perasaan itu hanya diluahkan menerusi tulisan di kertas selepas aduannya kepada ibu bapa tidak diendahkan berikutan mereka beranggapan murid itu mungkin melakukan kesalahan di sekolah.

6 Mac 2007:
BANTING: Seorang pelajar yang baru dua jam mendaftar diri pada hari pertama persekolahan di sekolah barunya, menghadapi kemungkinan buta apabila terkena pembaris kayu dilontar seorang guru.Ketika itu, pelajar tingkatan dua itu mengikuti mata pelajaran Sains berkaitan mata di sebuah sekolah di Pulau Carey di sini.

26 Februari 2007:
KUALA NERANG: Tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai dekat sini, menerima satu hingga dua jahitan di kepala selepas didakwa diketuk dengan kasut tumit tinggi oleh seorang guru wanita, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kepala lapan murid dalam satu kelas, termasuk dua perempuan, didakwa diketuk guru wanita berkenaan selepas dikatakan tidak membawa buku latihan Bahasa Inggeris.Bagaimanapun, hanya tiga murid lelaki terbabit yang mula-mula dipukul guru berkenaan mengalami pendarahan di kepala hingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

14 Januari 2007:
DUNGUN: Seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau, kira-kira 40 kilometer dari sini, mendakwa guru muzik melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di depan teman sekelasnya, Rabu lalu.
Mohammad Nabill Iman Hakkiem Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu bertindak demikian kemungkinan sebagai hukuman berikutan dia tak membawa buku latihan.

10 Januari 2007:
GUA MUSANG: Seorang bapa menganggap tindakan guru disiplin sebuah sekolah menengah di sini menggunting kolar baju anak lelakinya kerana didakwa tidak mengikut peraturan pakaian seragam, sebagai tidak bertamadun dan mengaibkan.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, guru itu sepatutnya merujuk kepada ibu bapa pelajar atau anaknya diberi amaran terlebih dulu.

:-Itulah senarai kes salah-laku yang membabitkan guru-guru di Malaysia sepanjang tahun 2007 ini. Persoalannya, salah siapa dan kenapa?

Guru merupakan salah satu professsion yang amat mulia di mata masyarakat kita. Tanpa guru, tiada Perdana Menteri, tiada Doktor, tiada Professor dan tiada juga wujudnya ketamadunan. Kini, rasa hormat kian hilang terhadap kerjaya ini. Kepercayaan kian terhakis. Ibu-bapa lebih percaya kepada ejen skim pelaburan internet, pembawa kupon gores dan menang, dan lebih malang lagi lebih percaya kepada artis daripada fatwa mufti. Di mana letaknya kepercayaan kepada guru? Guru ajaran sesat lebih mudah dapat tempat dalam hati rakyat kita.

Puncanya?

1. Tekanan kerja

– Benarkah tuntutan kerjaya sebagai guru terlampau berat? Bagi aku, memang berat. Walaupun aku bukanlah seorang guru(pernah bercita-cita juga), guru zaman sekarang lebih banyak bebannya. Memang dimudahkan dengan kemudahan yang pelbagai yang ada pada hari ini, tetapi hakikatnya tak semudah yang kita nampak. Jika dulu, guru diberikan kuasa penuh oleh ibu-bapa untuk mendidik anak-anak walau dipukul atau dirotan(selagi tak patah-riuk atau cacat). Aku pernah mengadu dengan ibu-bapa aku semasa aku sekolah dulu. Aku mengadu cikgu sekolah selalu cubit aku kerana nakal. Bapa aku pergi ke sekolah keesokan harinya, berjumpa dengan guru besar. Rupanya, bapa aku mengizinkan. Malah dia kata kepada guru besar,”Pukullah anak saya tu selagi tidak patah tulang atau cacat, asalkan dia jadi manusia”. Sejak hari itu, aku tak berani nak mengadu lagi. Itu kisah aku. Tapi hari ini, jentik telinga sedikit pun, ibu-bapa dah bawa ke mahkamah. Saman guru. Senang kan? Walhal anak sendiri nakal kurang sedikit dari “syaitan”.

2. Gaji

– Orang bekerja sebagai guru kerana nak cari makan daripada duit gaji yang diterima. Kerja lain pun macam tu. Yang menyedihkan, kerjaya guru merupakan salah satu kerjaya di Malaysia ini yang mendapat gaji yang rendah. Sedangkan kerjaya guru adalah salah satu kerjaya yang terpenting di dunia. Masyarakat hari ini memandang tinggi sesuatu kerjaya hari ini bukan kerana apa yang dibuat, tetapi berapa duit yang diterima daripada hasil kerjayanya. Barulah timbul rasa hormat.Orang jawa kata “respect”. Jurutera, doktor, peguam antara nama kerjaya yang sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat, melayu khususnya. Sekarang ditambah satu lagi, artis. Kerana apa? Kerana pendapatan mereka yang lebih lumayan. Malah pemain bolasepak yang mutunya entah apa-apa dan pekerja buruh binaan lagi tinggi gajinya daripada guru.

3. Pelajar

– Tanyalah kepada guru-guru, majoritinya akan mengatakan bahawa tahap disiplin pelajar sekarang berada di tahap kritikal. Setiap sekolah pasti ada masalah disiplin pelajar kecuali mungkin sekolah pendidikan khas. Yang kita selalu terdedah apabila guru membuat salah-laku disiplin. Itu yang kita tahu. Pelajar salah-laku disiplin? Kurang didedahkan. Bila pelajar melakukan kesalahan, pihak pengurusan sekolah cuba sembunyikan kerana bimbang nama sekolah tercemar. Aku tak pernah dengar lagi kes guru saman pelajar dan ibu-bapa.

Inilah hakikatnya kisah kehidupan seorang guru di Malaysia. Kepada pihak kementerian yang berkenaan, sila peka dengan nasib guru. Mereka juga ada maruah dan pendirian. Kalau anak murid dah berani memaki guru, takkan nak “pasrah” je. Kepada ibu-bapa pula, kalau tak mau anak sendiri menjadi mangsa “pelempang” dan “sepak terajang” guru, didiklah anak di rumah dengan baik. Takkan lebih rela tengok anak sendiri mati merempit dan mengandung tanpa bapa? Jangan ‘dok’ leka tengok rancangan tv dan undi artis, anak sendiri terabai. Fkirkanlah yek…..

Layakkah Malaysia?

Malaysia tawar diri Bandar Raya Buku Dunia

KUALA LUMPUR 28 April – Malaysia akan menawarkan diri bagi dicalonkan sebagai Bandar Raya Buku Dunia pada tahun 2010 hingga 2011. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkata, Bandar Raya Buku Dunia akan mempunyai konsep yang sama seperti Tahun Melawat Malaysia. Katanya, jika negara terpilih, sepanjang tahun 2010 hingga 2011 akan dipenuhi pelbagai aktiviti dan program untuk menyemai semangat dan minat membaca di kalangan masyarakat. “Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dipertanggungjawabkan untuk memastikan impian negara itu tercapai. “Saya yakin dalam tempoh tiga tahun sebelum 2010, Malaysia mampu memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta memenangi pencalonan tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum melancarkan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Noh berkata, keyakinan bahawa Malaysia akan dipilih berdasarkan kepada penglibatan pelbagai agensi, media dan korporat dalam mengendalikan pelbagai aktiviti ilmu di negara ini. “Terlalu banyak program dianjurkan tetapi malangnya buat masa ini tiada penyelarasan. Program “Sehubungan itu, MBKM akan cuba menyelaraskan program-program tersebut supaya terdapat jadual bersepadu sepanjang bulan bagi melayakkan Malaysia dipilih sebagai Bandar Raya Buku Dunia,” katanya. Sementara itu, kata Noh, PBAKL 2007 yang bermula Jumaat lalu dan berakhir 6 Mei ini menyasarkan kira-kira sejuta pengunjung berbanding 700,000 orang tahun lalu. “Sebanyak 631 gerai pameran daripada 182 syarikat penerbitan buku terlibat dalam PBAKL 2007,” katanya.

:- Berita di atas dipetik dari sebuah akhbar perdana. Apa sebabnya aku petik kenyataan di atas? Ada beberapa perkara yang menarik berhubung perkara tersebut.

1. Malaysia bukanlah negara yang mana rakyatnya suka membaca. Tidak seperti Jepun contohnya, rakyatnya membaca walaupun berada di dalam komuter, bullet train, menunggu bas, dalam tandas atau sedang melakukan aktiviti-aktiviti lain. Rakyat Malaysia lebih suka mengundi artis, meniru pakaian artis, merempit, berparti atau sebagainya. Mungkin baiknya rancangan tersebut adalah untuk menyemai minat membaca di kalangan rakyat. Benarkah itu cara yang terbaik?

2. Sistem pendidikan Malaysia masih rendah mutunya. Kempen menggalakkan membaca di kalangan pelajar masih mengecewakan. Malah, Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT) juga khabarnya akan dimansuhkan kerana kerajaan tidak mampu memperuntukkan RM100 juta setiap tahun. Macam mana minat membaca hendak dipupuk dari sekolah lagi sedangkan pendidikan itu yang memerlukan pembacaan tidak dipentingkan dan “dianaktirikan”?

3. Satu soalan penting, pemimpin-pemimpin di atas tu, selalu membaca ke? Atau lebih gemar menghadiri konsert-konsert VVIP artis? Jangan marah, tanya je……

Makam Tok Temong

Makam Tok Temong

Inilah gambar Makam Tok Temong yang berada di Kuala Kangsar. Sekiranya ada pertabalan Sultan Perak yang baru, ini adalah salah satu tempat wajib yang disinggahi oleh Sultan yang bakal ditabalkan.

Dibina semula oleh Jabatan Muzium pada 1976. Ia diwarta sebagai monumen dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam P.U.(A) 105 bertarikh 20 April 1978. Di bawah akta ini, sesiapa yang menceroboh, merosakkan, mencemar akan didenda RM500 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali. ( tak tau le aku akta ini dah digubal ke belum)

Masalahnya di sini, tempat ini sebenarnya lebih kerap digunakan sebagai tempat pemujaan oleh kaki-kaki nombor ekor berbanding digunakan untuk majlis di-Raja. Keadaannya uzur, pintu pagar hampir roboh walaupun berkunci. Sedih kerana tiada usaha untuk menjaganya dengan betul. Yang ada hanya seorang pakcik yang membersihkan semak-semak. Mungkin itulah usaha yang terbaik yang mampu dilakukan.

Membazir je….

Baru-baru ini, sebuah stesen tv swasta(semasa siaran berita perdananya) ada menyiarkan satu undian. Soalannya berbunyi lebih kurang begini,”Perlukah dikeluarkan belanja yang besar untuk sesebuah xpdc demi mengharumkan nama negara?

Aku tak tau apa keputusan undian tu….Tapi bagi aku, tak perlu le….membazir je…

Kerajaan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT) akan dimansuhkan kerana kerajaan tiada peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menampungnya setiap tahun. Apa kata duit untuk xpdc tu digunakan untuk pendidikan anak-anak sekolah? Kan lebih baik?

Kita bukan negara maju nak kejar nama dalam macam-macam xpdc. Singapura yang maju tu pun takde nak buang duit hantar rakyatnya buat xpdc macam tu. Betul ke dunia akan pandang nama MALAYSIA bila terpahat dalam rekod-rekod dunia tu? Aku ramai kawan dari USA, Kanada, Britain dan dari pelbagai negara lain. Bila pertama kali aku sebut aku dari Malaysia, diaorang tanya aku,”WHERE THE HELL IS IT?” (tapi bila aku sebut KLCC=Kuala Lumpur Convention Center bukan Keropok Lekor Cicah Cili tau, baru mereka tau)

Mereka lebih kenal Singapura, Vietnam, Indonesia dan Thailand. Sebenarnya, masih banyak perkara penting yang perlu kita utamakan dahulu sebelum xpdc atau niat nak tanam AL-Quran di Kutub Utara. Selesaikan dahulu apa yang penting, barulah kita boleh fikir nak cipta nama di mata dunia. Dah selesai, terpulanglah, nak daki gunung ke, nak berlayar solo ke, nak keringkan Sungai Amazon ke atau nak cat langit.

Ini tidak, tandas awam tak selesai, longkang tersumbat, rakyat masih banyak kebuluran. Macam mana dunia nak pandang kita?

Apa Kejadahnya?!!!!

Hari ini diumumkan dengan bangganya bahawa rancangan “So, You Think You Can Dance?” telah menjumpai peserta peringkat akhir untuk rancangan tersebut.

Macam-macam yang ada di Malaysia ni. Rancangan hiburan lain tu jangan dikira le….Dah tentu membazirkan…Kini ditambah pula rancangan terbaru ini(ditiru juga dari barat). Tujuan rancangan ini adalah untuk mencari penari terbaik di Malaysia. Apa faedahnya rancangan ini? Membantu perkembangan minda masyarakat ke melihat mereka terkinja-kinja menari di atas pentas? Bak kata seorang pengacara tu, “APA KEJADAHNYA?”