Feeds:
Posts
Comments

Baru-baru ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Rashid Abdul Rahman mendedahkan 80 peratus daripada 4.9 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pemilih adalah orang Melayu.Menurutnya alasan mereka enggan mendaftar kerana tidak berminat dengan politik, malas, terlalu sibuk dan tidak tahu di mana tempat pendaftaran dibuat.

Benarkah begitu alasannya? Atau rakyat Malaysia kecewa dengan sistem? Bayangkan, negara Malaysia hampir 50 tahun merdeka. Semuanya berubah. Pendidikan, kesihatan, undang-undang, pengangkutan dan sebagainya. Tetapi, sistem pilihanraya sahaja yang tak berubah sehingga kini.

Takkan ubah sikit pun tak boleh, PM?

Polis Buat Kerja?

Tajuk berita di dada akhbar perdana hari ini mengatakan:

Pembangkang dilarang buat tangkapan awam.

BATANG BERJUNTAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi amaran tidak membuat tangkapan awam (citizen arrest) terhadap mereka yang disyaki pengundi hantu jika tidak mahu tindakan dikenakan terhadap parti itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Ismail Omar, berkata hasrat PKR mahu mengadakan tangkapan awam (citizen arrest) seolah-olah menafikan dan memperkecilkan tanggungjawab serta kemampuan polis mengawal keadaan pada hari pengundian esok.“Mereka yang terbabit akan menghadapi masalah. Mereka perlu melaporkan perkara itu kepada polis jika meragui status pengundi. Saya yang akan menangkapnya dulu,” katanya, di sini semalam.Terdahulu Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mengumumkan akan melakukan tangkapan awam terhadap individu yang disyaki pengundi hantu pada pilihan raya ini.

Beliau berkata, ahli PKR akan ditempatkan di semua pusat mengundi untuk memastikan tiada pengundi yang diragui mengundi dengan mengemukakan kad pengenalan orang lain.

“Kami sudah semak semula senarai yang diperoleh secara rasmi dari Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendapati ada 1,187 nama diragui yang berpotensi menjadi pengundi hantu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Tian Chua berkata, ahli PKR juga akan menangkap mereka yang memungut kad pengenalan orang lain pada hari mengundi.

Pada masa sama, PKR akan meletakkan petugas di semua pusat pengundian yang akan merakamkan setiap pengundi yang masuk ke pusat mengundi.

Katanya, usaha itu adalah untuk mengumpul bukti dan boleh mengecam mereka walaupun selepas hari mengundi untuk mengenalpasti sesiapa yang cuba mengundi untuk orang lain atau mengundi lebih daripada sekali.

“Kita mengenal pasti nama diragui itu dan mereka akan ditangkap dan diserah kepada polis,” katanya.

Memang menarik kenyataan itu. Persoalannya, benarkah pihak polis mampu menangkap pengundi-pengundi hantu tersebut? Jika benar pihak polis buat kerja, bagaimana pihak pembangkang boleh mengenalpasti nama-nama yang diragui sedangkan pihak polis tidak?

Lagipun, kan lebih senang tugas polis bila ada pihak lain yang membantu,tak gitu tuan KPN?